mcmc
Sejarah

SEJARAH

Menurut ketua kampung iaitu En. Bujang bin Wahap, kawasan ini telah dibuka seawal tahun 1995. Pada ketika itu kemudahan asas yang ada agak terhad dan difahamkan melalui En. Bujang, kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan generator sahaja sebagai sumber elektrik. Setelah kawasan penempatan kampung diluluskan barulah mereka mendapat kemudahan asas yang lengkap.


Seterusnya kawasan kampung Sg.Plan diberi kelulusan oleh Yang Berhormat Adnan Hj. Satem sebagai skim penempatan semula kepada penduduk di sekitar sg. Plan. Pada ketika itu hanya terdapat lapan buah rumah sahaja. Kemudiannya pada 9 November 1999 perasmian awal telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Michael Sim Kian Hui. Semenjak dari hari itu sehingga tahun 2004 terdapat sebanyak 325 buah rumah kampung skim, 342 buah rumah RPR teres Sg.Plan dan 1440 pintu atau 18 blok Flat RPR Sg.Plan.