mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2023

Tarikh

: 13 Mei 2023

Masa

: 9.00am – 12.00pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan

Peserta

: 9 Orang

 

Tujuan:

1. 
Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal
2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu
3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa peserta mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

 

Aktiviti:

1.  Pelajar mengetahui maklumat mengenai kepentingan PEDi kepada masyarakat komuniti setempat
2. Memberi manfaat serta mengaplikasikan PEDi sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar
3. Memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Tarikh

: 18 Mei 2023

Masa

: 9.00am – 12.00pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan

Peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

1. 
Pengguna menggunakan perkhidmatan di PEDi Sg. PLan untuk membuat Mini Mesyuarat rumah panjang
2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu
3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa peserta mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

 

Aktiviti:

KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalan penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsp-prinsip Rukun Negara

 

GAMBAR KLIK DISINI