Laporan Januari 2022- Kursus Secara Online Keselamatan Pekerja
|
Tarikh |
: 6 Januari 2022 |
|
Masa |
: 9.30am – 12.00am |
|
Tempat |
: PEDi Sungai Plan |
|
Peserta |
: 2 Orang |
Tujuan:
| 1. | Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal |
| 2. | Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu |
| 3. | Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi |
| 4. | Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital |
| 5. | Memberi manfaat serta mengaplikasikan PEDi sebagai tempat menambahkan ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar |
| 6. | Memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas |
Aktiviti:
Peserta mengisi maklumat dalam portal dan emailkan permohonan kepada urus setia kursus. Pertugas membantu pengguna menyelaraskan dokumen yang lerlu dimuatnaik menggunakan kaedan yang lebih mudah dan cepat seperti penggunaan aplikasi CamScan iaitu dengan mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum peserta. Selain itu, petugas membimbing peserta memuatnaik gambar profil terkini lalu mengemaskini maklumat ahli berdaftar PEDi
Laporan Januari 2022- Latihan Keusahawanan Digital (E-Dagang)
|
Tarikh |
: 10 & 27 Januari 2022 |
|
Masa |
: 9.00am – 12.00am |
|
Tempat |
: PEDi Sungai Plan |
|
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan:
| 1. | Membantu peserta meningkatkan pendapatan bulanan dengan memilih alternatif digital untuk jualan perniagaan |
| 2. | Membimbing peserta mendapatkan matlamat mengenai cara-cara yang berkesan dalam menggunakan platform E-Dagang iaitu Shopee, FoodPanda & Yezza |
| 3. | Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) |
| 4. | Memperkasakan peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara