Laporan Disember 2022-LATIHAN LITERASI ICT DAN KEUSAHAWANAN
|
Tarikh |
: 7-9 Disember 2022 |
|
Masa |
: 2.00pm – 4.00 pm |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 6 Orang |
Tujuan:
| 1. | Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal |
| 2. | Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu |
| 3. | Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi |
| 4. | Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa peserta mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital |
Aktiviti:
Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman ‘hands-on’ dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:
| 1. | Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain |
| 2. | Mencari maklumat menggunakan internet |
| 3. | Menghantar dan menerima email kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan |
| 4. | Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan |
| 5. | Mencipta persembahan |
| 6. | Menggunakan internet dan email |
Laporan Disember 2022-LATIHAN LITERASI ICT DAN DIGITAL
|
Tarikh |
: 15 Disember 2022 |
|
Masa |
: 9.00pm – 11.00 pm |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan:
| 1. | Pelajar mengetahui maklumat mengenai kepentingan Pusat Ekonomi Digital kepada masyarakat komuniti setempat |
| 2. | Memberi manfaat serta mengaplikasikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar |
| 3. | Memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah bertraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara