Laporan April 2022- Temuduga Secara Dalam Talian (Online)
|
Tarikh |
: 5 April 2022 |
|
Masa |
: 2.00pm – 4.00pm |
|
Tempat |
: PEDi Sungai Plan |
|
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan:
| 1. | Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal |
| 2. | Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu |
| 3. | Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi |
| 4. | Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital |
Aktiviti:
Peserta mengisi maklumat dalam portal dan emailkan permohonan kepada urus setia kursus. Petugas membantu pengguna menyelaraskan dokumen yang perlu dimuat naik menggunakan kaedah yang lebih mudah dan cepat seperti penggunaan aplikasi CamScan iaitu dengan mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum peserta. Selain itu, petugas membimbing peserta memuat naik gambar profil terkini lalu mengemaskini maklumat ahli berdaftar PEDi
Laporan April 2022- Program Temuduga Terbuka Khas Kerjaya Up Anjuran Pejabat Perkeso Bintulu Klaborasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Sg. Plan
|
Tarikh |
: 21 April 2022 |
|
Masa |
: 9.00am – 4.00pm |
|
Tempat |
: PEDi Sungai Plan |
|
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan:
| 1. | Peserta harus mengetahui maklumat mengenai kepentingan PEDi kepada masyarakat komuniti setempat |
| 2. | Memberi manfaat serta mengaplikasikan PEDi sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan ICT kepada peserta |
| 3. | Memberi serta membuka peluang peserta dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas |