Laporan April 2023-LATIHAN LITERASI ICT DAN KEUSAHAWANAN
|
Tarikh |
: 7 April 2023 |
|
Masa |
: 9.00am – 11.00am |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan:
| 1. | Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal |
| 2. | Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu |
| 3. | Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi |
| 4. | Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa peserta mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital |
Aktiviti:
Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman ‘hand-on’ dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para pserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:
| 1. | Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain |
| 2. | Mencari maklumat menggunakan internet |
| 3. | Menghantar dan menerima email kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan |
| 4. | Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan |
| 5. | Mencipta persembahan |
| 6. | Menggunakan internet dan email |
GAMBAR KLIK DISINI
Laporan April 2023-LATIHAN LITERASI ICT DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
|
Tarikh |
: 26 April 2023 |
|
Masa |
: 9.00am – 11.00am |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan:
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:
| * | Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) |
| * | Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain |
| * | Memberi pendidikan kepada pengguna intrnet tentang kepentingan kawal selia kendiri |
| * | Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-Prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni” sebagai satu pomponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta meberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara
GAMBAR KLIK DISINI