mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2021

Laporan September 2021- Program E-Tuisyen

Masa

: 9.30am – 4.30pm

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal
2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu
3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

 

Aktiviti:

1.  Program bermula mengikut jadual yang telah diberi pihak E-Tuisyen
2. Pelajar mengetahui maklumat mengenai kepentingan PIK kepada masyarakat komuniti setempat
3. Memberi manfaat serta mengaplikasikan PIK sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar
4. Memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Laporan September 2021-Literasi ICT Dan Klik Dengan Bijak

Tarikh

: 8 September 2021

Masa

: 9.00am – 12.00am

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email
2. Mengalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT kepada komuniti
3. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer
4. Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan masyarakat yang celik komputer

 

Aktiviti:

KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

 

GAMBAR KLIK DISINI