mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2021

Laporan Ogos 2021- Program E-Tuisyen

Masa

: 9.30am – 4.30pm

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal
2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian serta tentang suatu isu
3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

 

Aktiviti:

1.  Program bermula mengikut jadual yang telah diberi pihak e-tuisyen
2. Pelajar mengetahui maklumat mengenai kepentingan PIK kepada masyarakat komuniti setempat
3. Memberi manfaat serta mengaplikasikan PIK sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar
4. Memberi serta membuka peluang pelajar dalam meningkat taraf pendidikan dan pengetahuan asas

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Laporan Ogos 2021-Literasi ICT Dan Klik Dengan Bijak

Tarikh

: 12 Ogos 2021

Masa

: 9.00am – 12.00am

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email
2. Mengalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT kepada komuniti
3. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer
4. Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan masyarakat yang celik komputer

 

Aktiviti:

Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman “hands-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

1.  Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah, dan lain-lain)
2. Mencari maklumat menggunakan Internet
3. Menghantar dan menerima emel kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan
4. Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
5. Mencipta persembahan
6. Menggunakan Internet dan emel

 

GAMBAR KLIK DISINI