Laporan Julai 2020 – Bengkel E-Pembelajaran Dan Advokasi Klik Dengan Bijak
|
Tarikh |
: 10 Julai 2020 |
|
Masa |
: 2.00 – 4.00 Petang |
|
Tempat |
: Pusat Internet Sg Plan |
|
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan:
| 1. | Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email |
| 2. | Mengalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT kepada peserta |
| 3. | Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer |
| 4. | Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan kanak-kanak celik komputer |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan Prinsip-Prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Laporan Julai 2020 – Peperiksaan Online Memasuki SPA dan Advokasi Klik Dengan Bijak
|
Tarikh |
: 17 Julai 2020 |
|
Masa |
: 2.00 – 4.00 Petang |
|
Tempat |
: Pusat Internet Sg Plan |
|
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan:
| 1. | Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email |
| 2. | Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer |
| 3. | Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan celik komputer |
Aktiviti:
Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer memalui pengalaman “hands-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:
| 1. | Mencari maklumat menggunakan Internet |
| 2. | Menghantar dan menerima e-mel kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan |
| 3. | Menggunakan Internet dan e-mel |
| 4. | Menghasilkan dokumen (Surat, resume, jemputan, dokumen Perniagaan, risalah dan lain-lain) |
Laporan Julai 2020 – Kelas Literasi Digital
|
Tarikh |
: 24 Julai 2020 |
|
Masa |
: 2.00 – 4.00 Petang |
|
Tempat |
: Pusat Internet Sg Plan |
|
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan:
Dalam program ICT kali ini kami menyediakan kelas/bengkel berkaitan dengan lembaran hamparan atau lebih dikenali sebagai Microsoft Excel. Kelas Microsoft ini dijalankan adalah untuk menambahkan lagi kefahaman berkaitan Microsoft Excel tersebut. Program ini juga akan dapat membantu para peserta menambah ilmu dalam penggunaan Microsoft Office Excel secara lebih mendalam.
Aktiviti:
| 1. | Pengenalan Microsoft Excel 2010 |
| 2. | Menaip & Membuat Tugasan |