mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2021

Laporan April 2021-Literasi ICT Dan Klik Dengan Bijak

Tarikh

: 16 April 2021

Masa

: 9.00 – 12.00 pm

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email
2. Mengalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT kepada peserta
3. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahansepenuhnya penggunaan komputer
4. Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan masyarakat celik komputer

 

Aktiviti:

Membantu peserta untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman “hands-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

1.  Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain) 
2.  Mencari maklumat menggunakan Internet 
3. Menghantar dan menerima e-mel kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan 
4. Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
5. Mencipta persembahan
6. Menggunakan Internet dan e-mel 

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Laporan April 2021- E-Tuisyen Dan Klik Dengan Bijak

Tarikh

: 24 April 2021

Masa

: 3.00 – 5.00 pm

Tempat

: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

1.  Memberi pengetahuan tentang penggunaan internte dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email.
2. Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT
3. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer
4. Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan celik komputer
5. Mengalakkan peserta belajar secara dalam talian (online)

 

Aktiviti:

KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalan berteraskan Prinsip-Prinsip RUkun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua Rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip Rukun Negara dalam penggunaan internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan Jalur Lebar selain dapat menjana ekonomi. Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara

 

GAMBAR KLIK DISINI