mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2023

Tarikh

: 14-15 Ogos 2023

Masa

: 9.00am – 4.30pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan 

Peserta

: 39 Orang

 

Tujuan:

1.  Pihak Merdeka Center akan menjalankan kajian pendapat di komuniti yang terpilih. Tujuan utama kajian, adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai seorang pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Pecahan responden adalah seperti berikut:
 
a.  Bukan pengguna perkhidmatan PEDi  10 orang
b. Pengguna perkhidmatan PEDi 19 orang
c. Peserta program PEDi 10 orang

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Tarikh

: 19 Ogos 2023

Masa

: 9.00am – 4.30pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan 

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan:

1. 

7 peserta yang telah mengikuti bengkel membuat skirt buri

2. Setiap peserta telah dibekalkan dengan alatan untuk membuat skirt buri
3. Semua peserta telah didedahkan cara membuat, menyusun dan menjahit kulit siput pada skirt

 

Aktiviti:

1.  Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang
2. Memberi manfaat serta mengaplikasikan sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan membuat skirt buri
3. Memberi serta membuka peluang dalam meningkatkan taraf pendidikan dan pengetahuan asas dalam asas keusahawanan

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

 

Tarikh

: 21 Ogos 2023

Masa

: 9.00am – 12.30pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan 

Peserta

: 235 Orang

 

Tujuan:

Program Career Talk anjuran Press Metal Sdn Bhd Bintulu. Pihak MCMC dan PEDi Sg. Plan telah dijemput untuk memberi Ceramah Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4,5 dan 6. Seramai 235 orang pelajar yang terlibat dalam program ini

 

Aktiviti:

KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupa kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraska dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Laporan Ogos 2023 – Temuduga Terbuka Pusat Satelit Anjuran Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Bintuly Dengan Kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg. Plan, Bintulu

Tarikh

: 26 Ogos 2023

Masa

: 8.30am – 3.00pm

Tempat

: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan 

Peserta

: 31 Orang

 

Tujuan:

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru

Sehubungan itu, PERKESO melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan Perumahan, Digital Community Centre sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs akan mengadakan Temuduga Terbuka bagi membuka peluang pekerjaan yang ditawalkan kepada Orang Berinsurans serta pencari kerja untuk hadir bagi memohon pelbagai jawatan yang ditawarkan

 

Aktiviti:

1.  Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 3 petang
2. Majikan yang telibat dengan program tersebut adalah:
 
a.  EESB – Rise To The Challence
b. ORISYSEN – Oriental System E&C Corporation
c. BOULEVARD Shopping Mall

 

GAMBAR KLIK DISINI