mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

PROGRAM PECUTAN MERDEKA

Tarikh: 07 September 2025
Masa: 08.30 am – 04.00 pm
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 34 Orang

Tujuan:

  1. Memupuk Semangat Patriotisme
    • Mengingatkan masyarakat tentang erti kemerdekaan dan perjuangan tokoh-tokoh negara
    • Menyemai rasa bangga dan cinta terhadap tanah air melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna
  2. Mengukuhkan Perpaduan dan Jati Diri Nasional
    • Mengalakkan penyertaan pelbagai kaum dan lapisan umur dalam aktiviti yang membina semangat muhibah
    • Mewujudkan suasana kebersamaan dan kekitaan dalam komuniti
  3. Mengalakkan Penggunaan Platform Digital untuk Tujuan Patriotik
    • NADI berperanan sebagai pusat digital komuniti, jadi program ini juga menggalakkan penggunaan teknologi seperti reka cipta poster digital, video pendek dan media sosial untuk mempromosikan nilai kenegaraan
  4. Meningkatkan Pengetahuan Sejarah dan Identiti Negara
    • Melalui kuiz kemerdekaan, tayangan video sejarah dan ceramah, peserta lebih memahami sejaran perjuangan kemerdekaan dan kepentingan kepada generasi kini
  5. Mengaktifkan Peranan NADI sebagai Pusat Komuniti
    • Program ini membantu menghidupkan suasana NADI sebagai pusat aktiviti sosial, pendidikan dan kebangsaan
    • Ia juga mengukuhkan hubungan antara pihak pengurusan NADI, pelajar dan penduduk setempat

Aktiviti:

  1. Saringan kesihatan
  2. Pertandingan mewarna kanak-kanak
  3. Pertandingan menghias makanan
  4. Tayangan Siaran Ulangan Sambutan Kemerdekaan
  5. Sesi Live bersama YB Menteri Komunikasi

GAMBAR KLIK DISINI

NADI X KIDVENTURE

Tarikh: 13 September 2025
Masa: 10.00 am – 11.30 am
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 1 Orang

Tujuan:

  • Memupuk minat dan semangat keusahawanan sejak usia muda
  • Mendedahkan asas perniagaan secara praktikal
  • Mengintegrasikan elemen pembelajaran interaktif dan praktikal
  • Membangunkan kebolehan peribadi dan sosial
  • Memupuk kefahaman etika dan nilai keusahawanan
  • Potongan ke fasa lanjutan melalui pengiktirafan

Aktiviti:

  • Bengkel asas keusahawanan dan reka cipta produk
  • Simulasi perniagaan dan jual beli di reruai Usahawan Cilik
  • Sesi mentor bersama usahawan muda berjaya
  • Permainan interaktif & kuiz berkaitan perniagaan

GAMBAR KLIK DISINI