KELAS MAHIR MASAK
| Tarikh | : 01-31 OGOS 2025 |
| Masa | : 10.00 am – 11.00 am |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
- Memberi kemahiran praktikal dalam penyediaan makanan dan minuman
- Memperkenalkan aspek keselamatan dan sanitasi dalam pengurusan makanan
- Memperluas pengetahuan dalam pelbagai jenis masakan/resepi seperti makasan barat, masakan nyonya, roti & pastri, minuman ala cafe
- Meningkatkan kreativiti dan memberi peluang belajar secara praktikal
Aktiviti:
- Demonstraksi memasak dan kelas praktikal di mana peserta memasak sendiri
- Memasak hidangan tertentu seperti:
- Patty burger ayam & daging
- Sos Black pepper, garlic spread
- Menu Western (sos piza & lasagna)
- Roti bun, cookies, garlic cheese bun dan lain-lain
- Kelas dijalankan secara atas tailan (online)
TINY TECHIES
| Tarikh | : 09-10 Ogos 2025 |
| Masa | : 10.00 am – 11.00 am |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 4 Orang |
Tujuan:
- Memperkenalkan teknologi kepada kanak-kanak sejak usia muda terutama dalam bidang seperti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik)
- Membina kemahiran asas teknologi seperti pengaturcaraan (coding), robotik dan Internet of Things (IoT) melalui pendekatan hands-on
- Memupuk pemikiran kritikal, kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan peserta
- Memberi pendedahan kepada peralatan dan konsep teknologi baru seperti Micro:bit, papan litar, sensor elektronik dan sebagainya
- Menjalin kerjasama mentor/penyelia supaya peserta dapat bimbingan dari mereka yang berpengalaman
Aktiviti:
- Bengkel Robotik: untuk sekolah rendah, pengenalan komponen elektronik seperti sensor, papan litar, dan asas pengaturcaraan robotik
- Workshop Micro:bit: mengenalkan peserta kepada papan mikro pengaturcaraan (microcontroller) Micro:bit dan bagaimana untuk membuat kod ringkas
- Program Mentor Tiny Techies: sesi bimbingan dengan mentor, interaksi secara langsung dan projek praktikal untuk memperluaskan pemahaman dalam teknologi
- Ulangkaji Teknologi/Bengkel Ulangkaji: Aktiviti untuk mengulang atau memperdalam modul modular teknologi (contoh: Python) bagi peserta yang telah ada asas
- Demo & Projek Hands-on: peserta dibenarkan untuk cuba sendiri (praktikal), bukan hanya teori; bina projek kecil, ujian, soal jawab dengan mentor