KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh | : 18 Oktober 2025 |
| Masa | : 10.00 am – 11.00 am |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 10 Orang |
Tujuan:
- Meningkatkan Keyakinan Diri
- Membantu seseorang percaya pada kebolehan sendiri, membuat keputusan yang lebih baik serta berani mencuba perkara baharu
- Mengalakkan Pengurusan Emosi Yang Sihat
- Individu belajar: mengenalpasti emosi, mengurus tekanan, mengawal kemarahan, meningkatkan ketenangan
- Memupuk Kemahiran Mengurus Diri
- Termasuk mengurus masa, mengurus kewangan, menjaga kesihatan diri dan menjaga gaya hidup sihat
- Tujuannya supaya individu lebih berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain
- Meningkatkan Produktiviti & Kualiti Hidup
- Apabila seseorang sejahtera secara mental, fizikal dan emosi, mereka lebih fokur, rajin dan bermotivasi
- Memperbaiki Hubungan Sosial
- Kesejahteraan kendiri membantu seseorang berkomunikasi dengan lebih baik, menghormati orang lain dan menjadi lebih empati, seterusnya menghasilkan hubungan yang lebih harmoni
- Mengalakkan Tanggungjawab Sosial
- Individu yang sejahtera akan lebih peka terhadap komuniti dan mengambil tindakan positif seperti membantu orang lain, menyumbang idea dan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat
- Membentuk Jati Diri Positif
- Kesejahteraan kendiri membantu seseorang mengenal potensi diri, matlamat hidup dan nilai-nilai yang penting untuk membentuk identiti yang kuat
Aktiviti:
- Saringan kesihatan percuma
- Webinar kesihatan mental dan fizikal
- Latihan Relaksasi & Teknik Pernafasan
- Cerapan / penerangan tentang keseimbangan hidup
NADI CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM
| Tarikh | : 10 Oktober 2025 |
| Masa | : 3.00 pm – 4.30 pm |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 2 Orang |
Tujuan:
- Meningkatkan kesedaran keselamatan siber asas, terutama apabila ramai pengguna menggunakan internet di NADI. Ini menjadikan tempat awam sebagai sasaran serangan siber.
Langkah Pencegahan:
- Gunakan VPN
- Menggunakan VPN apabila menyambung ke WiFi awam boleh menyulitkan trafik internet dan melindungi data daripada orang luar
- Pastikan HTTPS digunakan
- Semasa melayari laman web, guna versi “https://” supaya sambungan disulitkan
- Elak memasukkan kata laluan atau maklumat sensitif di laman yang tidak selamat
- Periksa nama WiFi dengan teliti
- Pastikan hotspot awam adalah betul, bukan hotspot palsu yang dibuat penyerang
- Kemas kini peranti & aplikasi
- Sentiasa kemas kini sistem operasi dan aplikasi supaya patch keselamatan terbaru dipasang dan mengurangkan kerentanan
- Guna kata laluan yang kuat & unik
- Jangan guna kata laluan mudah. Gunakan kombinasi huruf besar, kecil, nombor dan simbol
- Elak menggunakan kata laluan sama untuk peranti di tempat awam dan akaun sensitif lain
- Latihan Kesedaran Siber
- Peserta boleh belajar mengenal pasti email phishing, link berbahaya dan teknik serangan lain
- Laporkan insiden
- Jika ada aktiviti mencurigakan laporkan ke pihak yang berkenaan
- Di peringkat nasional, orang awam boleh hubungi Cyber999 melalui CyberSecurity Malaysia untuk melaporkan insiden
GAMBAR KLIK DISINI