LAPORAN NOVEMBER 2024-PROGRAM X NADI MAHIR (KELAS MAHIR FOTO)
| Tarikh | : 19-25 November 2024 |
| Masa | : 9.30am – 10.30am |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Plan |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan:
- Program ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI.
- Kaedah perlaksanaan, kursus dalam talian
- Penyediakan peralatan /kit di Pusat NADI.
- 1 Jam setiap kelas seminggu sekali (selama 3-6 bulan)
- 2 tahap kemahiran tahap asas dan tahap mahir.
- Forum bersama pakar industri.
Aktiviti:
- Peserta diajar cara ngambil foto dengan cara yang betul untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan cantik
- Ada kuiz dan kerja-kerja diberikan oleh tenaga pengajar kepada peserta
LAPORAN NOVEMBER 2024-PROGRAM TAKLIMAT NADI SAFE & SHIELD DI TABIKA KEMAS SUNGAI PLAN FLAT
| Tarikh | : 22 November 2024 |
| Masa | : 2.00pm – 4.00pm |
| Tempat | : Tabika Kemas Sungai Plan |
| Peserta | : 60 Orang |
Tujuan:
Mencipta dunia digital yang lebih baik, memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital & tabiat digital yang baik.
Aktiviti:
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program adalah mewarna atas talian dan belajar mengeja.
LAPORAN NOVEMBER 2024-PROGRAM E-SPORT DAN SARINGAN KESIHATAN
| Tarikh | : 24 November 2024 |
| Masa | : 9.00am – 1.00pm |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 6 Orang |
Tujuan:
- Program ini bertujuan untuk memanfaatkan populariti dan penglibatan E-Sukan untuk menyediakan alternatif laluan pendidikan yang menarik dan berkesan
- Dengan menyertai pertandingan dan modul pendidikan di bawah program kesedaran, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapio juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai akan membantu mereka dalam akademik peluang kerjaya
- Inisiatif Program Inovatif yang direka ini adalah untuk mengintegrasikan keseronokan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk pemikiran strategik dan kemahiran kendiri
- Program ini juga akan membangkukan semangat kerjasama berpasukan dan jaringan komuniti di seluruh Malaysia
Aktiviti:
- Pertandingan MLBB Peringkat Negeri masih berlangsung dan Peserta NADI Sungai Plan masih mengikuti pertandingan
- Seramai 6 orang peserta akan mengikuti pertandingan negeri yang mewakili NADI Sungai Plan
- Setiap peserta perlu menjalankan saringan Kesihatan
LAPORAN NOVEMBER 2024-PROGRAM TAKLIMAT NADI SAFE & SHIELD DI TABIKA KEMAS PENEMPATAN BARU SUNGAI PLAN LOT
| Tarikh | : 29 November 2024 |
| Masa | : 2.00pm – 4.00pm |
| Tempat | : Tabika Kemas Penempatan Baru Sungai Plan Lot |
| Peserta | : 70 Orang |
Tujuan:
Mencipta dunia digital yang lebih baik, memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital & tabiat digital yang baik.
Aktiviti:
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program adalah mewarna atas talian dan belajar mengeja.