mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2025

LAPORAN JANUARI 2025-KELAS LITERASI DIGITAL (ICT)

Tarikh: 13-24 Januari 2025
Masa: 9.00am – 12.00am
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 2 Orang

Tujuan:

  1. Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal
  2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu
  3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
  4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa peserta mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

Aktiviti:

Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman “hands-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

  1. Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain)
  2. Mencari maklumat menggunakan internet
  3. Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
  4. Menghantar dan menerima email kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan
  5. Mencipta persembahan
  6. Menggunakan internet dan email

GAMBAR KLIK DI SINI

LAPORAN JANUARI 2025-PROGRAM NADI MAHIR

Tarikh: 06-31 Januari 2025
Masa: 9.30am – 4.00pm
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 15 Orang

Tujuan:

  1. Program NADI Mahir adalah kursus jangka pendek yang melibatkan komuniti setempat
  2. Peserta didedahkan dengan kemahiran yang mereka pilih sendiri
  3. Peserta telah diberi penerangan berkaitan dengan kursus yang mereka pilih

GAMBAR KLIK DI SINI