mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025

PROGRAM NADI -E-SPORT MOBLE LEGEND BANG BANG

Tarikh: 26 April 2025
Masa: 8.30 am – 12.30 pm
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 5 Orang

Tujuan

Adalah tentang membentuk pola pikir (mindset) dan sikap mental yang mendukung seseorang untuk menjadi pemenang sejati, bukan hanya dalam kompetisi, tapi juga dalam kehidupan.

Aktiviti

Apa yang membezakan seorang biasa dengan seorang juara dunia? Dalam episod istimewa ini, Sazali Samad, ikon bina badan negara dan juara dunia berkali-kali, membuka rahsia mentaliti kental, disiplin luar biasa dan semangat juang yang tidak pernah padam. Kami bongkar sisi yang jarang didengar – tentang jatuh bangun, pengorbanan, dan bagaimana nilai-nilai ini mampu membentuk masa depan belia, termasuk dalam dunia e-Sukan.

🔥 Ini bukan sekadar kisah seorang atlet. Ini kisah tentang menjadi luar biasa.

✨ Antara yang anda akan pelajari: Apa erti sebenar mentaliti juara Rutin dan prinsip yang mencipta kehebatan Nilai sukan fizikal yang relevan dalam e-Sukan Nasihat buat anak muda yang ingin berubah.

GAMBAR KLIK DISINI

PROGRAM NADI -AWARENESS NADI SAFE AND SHLIED (LINDUNGI DATA PERIBADI ANDA DAN PENIPUAN DALAM TALIAN)

Tarikh: 23 April 2025
Masa: 3.00pm – 5.00 pm
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 4 Orang

Tujuan

Program NADI Safe and Shield adalah sebuah inisiatif kesedaran yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman dan tanggungjawab individu terhadap keselamatan data peribadi serta ancaman penipuan dalam talian. Dalam era digital yang semakin canggih, data peribadi menjadi sasaran utama penjenayah siber, dan pelbagai bentuk penipuan kini berlaku secara dalam talian, termasuk phishing, scam kewangan, dan penyamaran identiti.

Melalui program ini, warga organisasi akan diberi pendedahan tentang:

  • Kepentingan melindungi data peribadi seperti nombor MyKad, maklumat bank, kata laluan, dan data peribadi sensitif lain.
  • Jenis-jenis penipuan dalam talian yang lazim, termasuk teknik penipuan terkini yang digunakan oleh penjenayah siber.
  • Tindakan pencegahan dan respons terhadap insiden keselamatan siber, termasuk cara melaporkan kes penipuan dan pelanggaran data.
  • Amalan terbaik keselamatan digital seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), serta kesedaran terhadap pautan atau e-mel mencurigakan.

GAMBAR KLIK DISINI