Celik ICT / Komuniti Pintar
| Nama | : | Melizabeth Ak Chriswooid |
| Umur | : | 18 |
| Pekerjaan | : | Pelajar STPM |
Latar Belakang
Melizabeth merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 dan beliau masuh menuntuk di SMK Assyakirin. Selepas tamat belajar beliau menghabiskan masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di PI supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum menglibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga Ms Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Dengan adanya latihan yang diadakan di PI beliau kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah dan yakinnya. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang diberi kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Apakah Yang Dipelajari Melalui PI
Di PI beliau telah mempelajari penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu
Bagaimana PI Membantu Perkembangan Perniagaan/Peningkatan Tahap Kemahiran ICT
- Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat
- Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak