mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN MAC 2019

Celik IT

Nama : Erna Ellayana Anak Lenggang 
No KP : 010611130306
Umur : 18
Pekerjaan : Lepasan Sekolah Menengah

 

Latar Belakang

Erna Ellayana Anak Lenggang merupakan pelajar lepasan SPM pada 2018 beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Assyakirin, Bintulu.  Beliau berasal dari keluarga yang sederhana dan bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.  Sementara menunggu keputusan SPM keluar beliau mengikuti latihan ICT di Pusat Internet Sungai Plan untuk mengukuhkan lagi kemahiran supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT kerana kebanyakan surat menyurat dan juga borang kini diisi menggunakan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam kelas Microsoft office, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam membuat tugasan yang diberikan.  Sebelum ini beliau tidak beberapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain.  Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui latihan yang diadakan di PI, adik Erna kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah.  Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai tugasan yang diberikan kepada beliau.  Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet.  Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.  Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google, yahoo dan sebagainya seterusnya mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan secara atas talian.  Selepas mempelajari penggunaan internet dalam kehidupan seharian dan dokumen yang dapat dibuat dengan menggunakan Microsoft Office, adik Erna mencuba nasib untuk memohon IPTA/IPTS secara atas talian.  Belian lebih yakin setelah mempelajari penggunaan Microsoft Office dalam melakukan pekerjaan harian.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

Di Pusat Internet adik Erna telah mempelajari penggunaan komputer dan Microsoft Office iaitu Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint dan Microsoft Office Excel

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat
  • Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak

 

KLIK DISINI