mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN JANUARI 2019

Celik IT

Nama  : Gloria Minda Anak Sampai 
No. KP : 010706-13-0122 
Umur : 18 Tahun 
Pekerjaan : Lepasan Sekolah Menengah

 

Latar Belakang      

Gloria Minda Anak Sampai merupakan pelajar lepasan SPM.beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Balingian, Sibu. Beliau berasal dari keluarga yang sederhana dan bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dalam bidang perkeranian pada masa akan datang. Sementara menunggu keputusan SPM keluar beliau mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di Pusat Internet supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT kerana kebanyakan surat menyurat dan juga borang kini disi menggunakan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum melibatkan diri dalam kelas Microsoft Office, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui latihan yang diadakan di Pusat Internet, Adik Gloria kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google, yahoo dan sebagainya seterusnya mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan secara atas talian. Selepas mempelajari penggunaan internet dalam kehidupan seharian dan dokumen yang dapat dibuat dengan menggunakan Microsoft Office, adik Gloria mencuba nasib untuk memohon IPTA/IPTS secara atas talian. Beliau lebih yakin setelah memepelajari penggunaan Microsoft Ofifce dalam melakukan pekerjaan harian.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Di Pusat Internet adik Gloria telah mempelajari penggunaan komputer dan Microsoft office iaitu Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint dan Microsoft Office Excel.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.

       Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak.

 

KLIK DI SINI