Kisah Kejayaan Mac 2018
Keusahawanan
NANCY YOH (740529-13-5532)
Peniagaan tikar anyam berbuah
Latar belakang
Puan Nancy merupakan surirumah sepenuh masa dan berbangsa Iban. Beliau juga mempunyai 3 orang anak dan buat masa sekarang Puan Nancy tinggal bersama anak yang bongsu. Beliau sudah kematian suami 3 tahun yang lepas akibat daripada sakit kanser usus.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kurang mendapat tempahan dari orang ramai kerana tidak tahu penggunaan media sosial dalam mempromosikan produk. Tambahan pula Puan Nancy tidak tahu menggunakan komputer untuk mempromosikan tikar hasil anyaman beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan dan bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Plan beliau kini bertambah yakin dalam mempromosikan produk beliau melalui laman media sosial seperti facebook.
Anak beliau banyak membantu di dalam mempromosikan hasil tikar anyaman yang dihasilkan oleh Puan Nancy dengan upload gambar di dalam facebook milik Puan Nancy.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
– Mempelajari cara menggunakan internet dan menggunakan enjin cari google untuk meningkat kualiti produk beliau.
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.
Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak.
|
Laman Web |
Blog |
||
|
FB |
/ |
|
|
|
Whatsapp/Wechat |