Kisah Kejayaan Januari 2018
Celik IT
NINI ANAK ABUN (000117-13-1232)
Latar belakang
Nini merupakan pelajar lepasan SPM. Beliau bersekolah di SMK ASYAKIRIN, Bintulu yang hanya terletak dalam 3km dari rumah. Beliau merupakan pelajar kelas komputer yang aktif di dalam kelas.
Nini baru berjinak dengan aktiviti Pusat Internet pada tahun lepas semasa aktiviti Dashboard Komuniti. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet pada 17 June 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT beliau tidak hanya pergi ke sekolah dan balik ke rumah dan hanya bergantung kepada buku rujukan sahaja untuk mencari maklumat. Nini merupakan seorang pelajar yang pemalu dan hanya bergaul dengan beberapa orang rakan sahaja.
Selain daripada itu, beliau juga jarang menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet walaupun beliau tahu kelebihannya apabila telah menjadi ahli Pusat internet
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Nini telah mula belajar menggunakan komputer dan internet sejak masuk kelas ICT pada awal tahun yang lepas. Kebetulan juga pada tahun yang sama beliau menduduki SPM. Dengan bantuan ibunya yang telah mendaftarkan anaknya untuk mengikuti kelas ICT yang dijalankan oleh Pusat Internet ianya banyak mengubah pemikiran Nini. Contohnya dari segi pergaulan Nini sudah boleh berkawan dengan rakan yang lain semasa dalam kelas, beliau juga rajin bertanya kepada petugas sekiranya menghadapi masalah.
Begitu juga dengan pembelajaran Nini ianya banyak membantu kerana di sekolah penggunaan internet terhad di makmal komputer. Dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet ianya banyak membantu pelajaran Nini. Keputusan SPM yang keluar pada bulan Mac telah membuktikan bahawa internet banyak membantu Nini dengan mendapat keputusan yang cemerlang.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Di Pusat Internet Nini telah mempelajari penggunaan komputer dan perisian untuk menyimpan, melindungi , memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.
– Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak.
|
Laman Web |
/ |
Blog |
|
|
FB |
/ |
|
|
|
|
/ |