Kisah Kejayaan Feb 2018
Keusahawanan
ROSIDAH BINTI ABDULLAH (750507-13-5450)
Peniagaan katering kecil-kecilan di rumah. (membuat kuih muih,biskut dan sebagainya)
Latar belakang
Puan Rosidah berasal dari Suai, Niah.Beliau memang berkemahiran membuat kuih muih, biskut dan juga sedikit masakan kerana pernah bekerja di sebuah restoran di Bintulu dalam tempoh 10 tahun sebelum berhenti kerja kerana tiada orang untuk menjaga anak-anak pada masa itu.
Dengan kepakaran yang dimiliki oleh Puan Rosidah, beliau membuka katering secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri sambil di bantu oleh anak-anak beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada mulanya beliau sukar untuk mempromosikan produk beliau kerana tiada pengetahuan di dalam ICT dan juga penggunaan Internet untuk memasarkan produk.Tempahan hanya akan dibuat melalui telefon dan hanya rakan-rakan setempat serta yang pernah membuat tempahan dengan beliau akan mempromosikan kepada rakan tauladan mereka pula.
Kesukaran untuk menghantar tempahan kerana tiada kenderaan serta Puan Rosidah juga mempunyai anak-anak yang perlu di uruskan di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selain daripada kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Dengan promosi dalam facebook beliau, ramai yang menempah atau membeli produk tersebut daripada beliau dan secara tidak langsung membantu menambahkan pendapatan sampingannya.
Ini telah membantu Puan Rosidah meluaskan lagi tempahan beliau ke luar Sungai Plan kerana kekadang ada tempahan untuk kenduri kahwin yang luar dari kawasan Sungai Plan contohnya di Batu 10, Bintulu-Miri. Selain daripada itu, Puan Rosidah juga sudah memiliki sebuah van yang dibeli oleh beliau menggunakan hasil katering tersebut. Beliau meminta bantuan anak saudaranya untuk memandu van tersebut memandangkan Puan Rosidah ada menghadapi masalah penglihatan iaitu rabun warna yang menyebabkan beliau tidak layak untuk mendapatkan lesen kenderaan.
Pihak Pusat Internet juga merupakan pelanggan utama beliau sekiranya ada melibatkan aktiviti dimana pihak Pusat Internet selalu membuat tempahan kuih muih daripada beliau.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi menggunakan Microsoft Excel.
– Mempelajari cara mengambil tempahan melalui FB
– Mengikuti aktif dengan semua program dan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Sungai Plan untuk meningkatkan kemahiran usahawan.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Pusat Internet membantu dan membimbing mempromosikan produk.
– Memberi latihan dan bengkel ICT serta program-program berkaitan usahawan.
Dengan bimbingan daripada pihak Pusat Internet, produk menjadi lebih laku dan mendapat sambutan @ tempahan.
|
Laman Web |
Tiada |
Blog |
Tiada |
|
FB |
https://www.facebook.com/edah.jali
|
|
tiada |
|
|
Mak nana
|