CELIK IT
Nama : Pn. Empenai Anak Manai
No. KP : 700519-13-5460
Umur : 47 Tahun
Pekerjaan : Surirumah
Latar belakang
Empenai merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Beliau merupakan pelajar kelas komputer yang paling tua pernah di ajar setakat ini. Selepas anak-anak pergi bersekolah dan bekerja, beliau menghabis masa lapang beliau dengan mengikuti latihan ICT di PI1M supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT. Beliau telah mula menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia pada bulan Mac 2015 semasa beliau menghantar anaknya untuk mendaftar sebagai ahli PI1M disamping mengikuti kelas komputer yang telah dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office dan kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsof office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat yang diperlukan. Sebelum ini makcik Empenai tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui latihan yang diadakan di PI1M, makcik Empenai kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau semasa di dalam kelas ICT. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
Di PI1M makcik Empenai telah mempelajari penggunaan komputer dan perisian untuk menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.
– Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak.
PENIAGAAN MEMBUAT BUAH POM-POM TANGO
Nama : Pn. Jelini Anak Umpoh
No KP : 810725-13-5768
Umur : 36 Tahun
Pekerjaan : Surirumah
Latar belakang
Puan Jelini berasal dari Kapit, Song. Beliau mula berminat dalam bidang usahawan online ini setelah melihat kebanyakan rakan beliau yang merupakan surirumah ada minat tersendiri iaitu menghasilkan tango dan juga rantai manik. Di samping mengisi masa lapang ianya juga mendatangkan sumber pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya beliau sukar untuk mempromosikan produk beliau kerana tiada pengetahuan di dalam ICT dan juga penggunaan Internet untuk memasarkan produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selain daripada kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugasPI1M, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Dengan promosi dalam facebook beliau, ramai yang menempah atau membeli produk tersebut daripada beliau dan secara tidak langsung membantu menambahkan pendapatan sampingannya.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
menggunakan Microsoft Excel.
– Mempelajari cara mengambil tempahan melalui FB
– Mengikuti aktif dengan semua program dan yang dianjurkan oleh pihak PI1M Sungai Plan
untuk meningkatkan kemahiran usahawan.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PI1M membantu dan membimbing mempromosikan produk.
– Memberi latihan dan bengkel ict serta program-program berkaitan usahawan.
– Dengan bimbingan daripada pihak PI1M, produk menjadi lebih laku dan
mendapat sambutan dan tempahan.

Puan Jelini sedang menghasilkan pom-pom tango yang ditempah oleh pelanggan.
PENIAGAAN KUEH ACUAN TRADISIONAL
Nama : Pn. Melati Binti Ali
No. KP : 760704-13-5010
Umur : 41 Tahun
Pekerjaan : Surirumah
Latar belakang
Puan Melati merupakan ibu kepada 6 orang ini berasal dari Kampung Asyakiri, Bintulu. Bagi tahap akademik beliau hanya menamatkan Darjah Enam sahaja. Namun demikian anak sulungnya yang lelaki telah berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik Betong dengan mengambil jurusan Diploma Enginering . Minat beliau terhadap kueh-kueh tradisional telah mendorong beliau untuk memasarkan produk ini menggunakan medium secara online. Ini kerana sambutan dan juga tempahan semakin banyak sejak beliau menggunakan Internet untuk memasarkan produk beliau. Beliau menjadikan perniagaan atas talian bagi mendapatkan pendapatan sampingan di samping dapat membantu suami menambahkan hasil pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kurang mendapat tempahan dari orang ramai kerana beliau tidak tahu penggunaan Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas ICT yang dijalankan oleh PI1M sedikit sebanyak telah banyak membantu beliau untuk memajukan lagi perniagaan ini. Ini kerana sambutan kueh acuan tradisional ini ada juga peminat di kalangan generasi muda bukan hanya golongan tua sahaja yang tahu tentang kueh acuan ini. Beliau juga merupakan ahli PI1M yang aktif kerana selalu melibatkan diri di dalam aktiviti yang beunsurkan keusahawanan untuk memantapkan lagi kemahiran beliau.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
– Mempelajari cara menggunakan internet dan menggunakan enjin cari google untuk
meningkat kualiti produk beliau.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan
untung/ rugi menggunakan Microsoft Excel.
– Mempelajari cara mengambil tempahan melalui FB
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.
– Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak.
Kueh acuan tradisional yang telah diwarnakan untuk memenuhi tempahan pelanggan
Kueh acuan tradisional yang telah siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan
PENIAGAAN KRAFTANGAN
Nama : Pn. Jesi Ejah Anak Tadong
No. KP : 821231-12-5104
Umur : 35 Tahun
Pekerjaan : Surirumah
Latar Belakang
Puan Jesi Ejah berasal dari Rh Ngumban, Nanga Sidang,Tatau. Beliau mula berminat dalam bidang usahawan online ini setelah mempelajari tentang cara penggunaan internet di Pi1M. Dengan berbekalkan minat beliau sebagai usahawan beliau menggunakan Whatsapp dan wechat sebagai medium untuk mempromosikan produk dan juga menggunakan internet untuk mendapatkan info atau maklumat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya beliau sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kini tempahan semakin meningkat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selain daripada kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas dari Pusat Internet 1Malaysia Sg Plan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Dengan promosi dalam facebook beliau, ramai yang menempah @ membeli produk tersebut daripada beliau dan secara tidak langsung membantu menambahkan pendapatan sampinganya.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB
– Penggunaan internet dengan bijak.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PI1M membantu dan membimbing mempromosikan produk.
– Memberi latihan dan bengkel ICT serta program-program berkaitan usahawan.
– Dengan bimbingan daripada pihak PI1M, produk menjadi lebih laku dan mendapat sambutan @ tempahan.

