mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q2 2020 – CIK CIINTHIA AK BIT BANDAN

Kelas ICT

Nama

: Cik Ciinthia Ak Bit Bandan

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar Belakang:

Beliau merupakan seorang pelajar IPT, beliau menghabis masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di PI supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akak kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga Microsoft Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Didalam era hari ini yang bertambah maju ini, teknologi maklumat salah satu sebahagian daripada kehidupan kita sebab memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita.

Dengan ada nya latihan yang diadakan di PI, beliau kini boleh menyelesaian tugas dengan mudah dan yakinnya. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang diberikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.