mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – CELIK IT (Emmounel Sawing Ak Seliong)

Nama

: Emmounel Sawing Ak Seliong

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 19 Jun 2016

Latar Belakang:

Emmounel merupakan seorang pelajar di Kolej Vokasional Bintulu.Apabila cuti semester beliau menghabiskan masa lapang untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti Latihan ICT di PEDI supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDI:

Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office, Asas Komputer dan Internet kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDI:

Didalam era hari ini yang bertambah maju ini, teknologi maklumat salah satu sebahagian daripada kehidupan kita sebeb memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja seharian kita. Dengan adanya latihan yang diadakan di PEDI, beliau kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah dan yakinnya. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang diberikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian