mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM

i- Lokasi

Kampung Sungai Plan Bintulu Sarawak terletak di kawasan Kidurong. Kawasan ini yang letaknya sejauh 18 kilometer dari pusat Bandar Bintulu merupakan kawasan yang berdekatan dengan pesisiran laut China Selatan.

ii- Populasi penduduk


Pada tahun 2004 populasi penduduk dianggarkan sekitar 10445 orang. Pada ketika itu jumlah rumah yang ada adalah sebanyak 2107 buah rumah. Namun kini jumlah rumah telah meningkat kepada 2340 buah rumah. Ini termasuklah rumah teres, rumah flat dan juga rumah skim penempatan lot atau kampung. Sekarang ini terdapat beberapa pertambahan rumah teres dan sedang dalam pem binaan dan sesetengahnya sudah siap. Setakat ini data terkini mengenai makluman populasi penduduk sedang dikemaskini.
Penduduk Kampung kawasan sg.Plan terdiri daripada kaum Iban, Melayu, Cina,India dan kaum bumiputera Sarawak yang lain. Dianggarkan kaum teramai adalah kaum Iban sebanyak 40% dan seterusnya kaum Melayu sebanyak 25%, Kaum bumiputera Sarawak 20%, kaum Cina 12% dan kaum India 3%.
Dari segi pekerjaan pula, seperti yang kita sedia maklum bahawa Bintulu merupakan bandar raya perindustrian. Maka tidak hairanlah rata-rata penduduk kawasan ini ramai yang bekerja swasta. Dianggarkan pekerja swasta di sini sebanyak 45%, pekerja kakitangan kerajaan sebanyak 20%, buruh sebanyak 20%, badan berkanun sebanyak 10%.Manakala tidak terdapat penduduk Sg.Plan yang bekerja sebagai nelayan.

 

iii- Ahli Parlimen/ ADUN kawasan

Kawasan Kampung Sg.Plan merupakan di bawah kawasan Ahli Parlimen Bintulu yang dipegang oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Tiong King Seng (P2I7). Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kidurong ini pula ialah Yang Berhormat En. Majang Anak Renggie (N.70).