Program Merdeka Komuniti Kluster Bintulu
| Tarikh | : | 15 September 2019 |
| Masa | : | 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Tempat | : | Dewan Serbaguna Blok M PPR Bandaria Park Bintulu |
Tujuan:-
- Memberi pendedahan kepada 50 orang belia menerusi kempen Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penyalahgunaan internet melalui ceramah KDB dan tayangan video
- Mengalakkan penyertaan usahawan di sekitar PPR Bandaria Park dalam aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kluster Bintulu
- Mensasarkan 200 penyertaan daripada aktiviti yang dijalankan
Aktiviti:-
Program Merdeka@Komuniti diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara sekaligus memupuk semangat patriotik di kalangan belia khususnya. Ia juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pekerja di Pusat Internet dengan penduduk sekitar melalui aktiviti yang dijalankan sekaligus. Program Merdeka@Komuniti ini diharapkan dapat membantu pihak kami dalam mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti setempat dan mencapai objektif yang telah digariskan.
Adovokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
| Tarikh | : | 17 September 2019 |
| Masa | : | 7.30 pagi – 12.00 tengahari |
| Tempat | : | Dewan Serbaguna SK Jepak |
Tujuan:-
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celek terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguan internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Aktiviti:-
- Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email
- Membuat penyediaan modul tentang KDB
- Menyediakan maklumat pengukuhan
Latihan Keusahawan Dan Dashboard Myshop
| Tarikh | : | 27 September 2019 |
| Masa | : | 2.00 – 4.00 Petang |
| Tempat | : | Pusat Internet Sg. Plan |
Tujuan:-
- Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email.
- Mengalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT
- Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer
- Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan celik komputer
Aktiviti:-
- Menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan di aplikasi Dashboard dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat
- Aplikasi Myshop hanya mengiklankan produk. Applikasi ini adalah seperti laman sesawang Mudah (www.mudah.my)
- Terdapat penambahbaikan sedang dilakukan untuk memasukkan transaksi secara on-line diantara Pembeli dengan Penjual, seperti laman sesawang Lelong (www.lelong.com.my)-dengan kerjasama Telekom Malaysia, Fungsi Payment Gateway