Laporan September 2023 – Peperiksaan SPA Secara Atas Talian & Advokasi KDB
|
Tarikh |
: 18 September 2023 |
|
Masa |
: 10.00am – 12.00pm |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan:
| 1. | Menggunakan perkhidmatan internet di PEDi Sungai Plan untuk menjalani ujian SPA |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dapat meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Laporan September 2023 – Program Profiling Dan Kebolehpasaran
|
Tarikh |
: 23 September 2023 |
|
Masa |
: 10.00am – 12.00pm |
|
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Sg Plan |
|
Peserta |
: 3 Orang |
Tujuan:
| 1. | Program ini khususnya kepada orang ramai di sekital Sungai Plan yang baru saja bermula mencari pekerjaan dan memerlukan khidmat bantuan pencarian pekerjaan melalui PERKESO |
Aktiviti:
Pengisian Program:
| 1. | Sesi Pengenalan Portal MyDutureJobs |
| 2. | Taklimat Kebolehpasaran |
| 3. | Kuanter resume dan pertanyaan |