mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OCTOBER 2022

Tarikh

: 11-13 October 2022

Masa

: 9.00am – 11.00am

Tempat

: PEDi Sg Plan

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan:

1.  Membantu peserta meningkatkan pendapatan bulanan dengan memilih alternatif digital untuk jualan perniagaan
2. Membimbing peserta mendapatkan matlamat mengenai cara-cara yang berkesan dalam menggunakan platform E-Dagang iaitu Shopee, FoodPanda & Yezza
3. Memperkenalkan Perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
4. Memperkasakan peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

 

Aktiviti:

KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan meningkatkan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara

 

GAMBAR KLIK DISINI

 

Tarikh

: 19 October 2022

Masa

: 2.00pm – 4.00pm

Tempat

: PEDi Sg Plan

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan:

1.  Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal
2. Mengenal pasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu
3. Sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
4. Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital

 

Aktiviti:

Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman ‘hands-on’ dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

a.  Menghasilkan dokumen (surat, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain
b. Mencari maklumat menggunakan internet
c. Menghantar dan menerima email kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan
d. Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
e. Mencipta persembahan
f. Menggunakan Internet dan email

 

GAMBAR KLIK DISINI