Adovokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
| Tarikh | : | 14 Jun 2019 |
| Masa | : | 2.00-4.00 Petang |
| Tempat | : | PI Sungai Plan |
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk:-
a. Melahirkan penggunaan yang celek terhadap teknologi dah kandungan media baru (bijak internet)
b. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
c. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
d. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Kebaikan:-
a. Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email
Kelas ICT Dan Advokasi Klik Dengan Bijak
| Tarikh | : | 20 Jun 2019 |
| Masa | : | 2.00-4.00 Petang |
| Tempat | : | PI Sungai Plan |
Bertujuan untuk:-
a. Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bujak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email.
b. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer.
c. Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan celek komputer
Latihan Literasi Digital
| Tarikh | : | 27 Jun 2019 |
| Masa | : | 9.00-11.00 Pagi |
| Tempat | : | PI Sungai Plan |
Bertujuan untuk:-
a. Memberi pendedahan tentang kegunaan perisian SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) bagi belia yang tengah mencari perkerjaan
b. Peperiksaan atas talian SPA secara tidak langsung mendedahkan kepada calon dalam dunia ICT
c. Meningkatkan Kemahiran ilmu pengetahuan ICT
Kebaikan:-
a. Menyediakan pelajar untuk kegunaan di masa hadapan
b. Melahirkan pelajar yang celik IT
c. Pelajar mengenali komputer dan kegunaannya