mcmc
Laporan Aktiviti

Aktiviti Januari 2019

Kelas Microsoft Word

Tarikh   :   14 Januari 2019
 Masa  :   09.00am – 11.00am 
 Lokasi  :   Pusat Internet Sg Plan 
 Peserta  :   Seorang 

 

Kelas Microsoft Word ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM dengan tujuan meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Office supaya lebih berdaya saing dengan masyarakat di kawasan bandar.  Pelajar juga dapat menerokai perisian pemprosesan kata dengan lebih mendalam dimana para pelajar dapat meningkatkan kemahiran pemprosesan kata dengan mencipta dokumen yang berguna dalam rutin harian mereka

Semasa kelas dibuat banyak aktiviti yang dipelajari oleh pelajar.  Pelajar mempelajari format yang betul untuk menghasilkan kerja yang kemas dan teratur.  Selain itu juga mereka diajar untuk mencari maklumat ataupun gambar di internet untuk di masukkan ke dalam Microsoft Word sebagai maklumat.  Dan akhir sekali pelajar diajar untuk mencetak dokumen yang telah di dibuat.