Laporan Mei 2021-Literasi ICT Dan Klik Dengan Bijak
|
Tarikh |
: 14 Mei 2021 |
|
Masa |
: 9.00am – 12.00pm |
|
Tempat |
: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan |
|
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan:
| 1. | Melihat kegunaan ICT sebagai medium berkolaborasi dan berfikir secara kritikal |
| 2. | Mengenalpasti keberkesanan ICT untuk mencungkil kemahiran pemahaman serta penilaian peserta tentang suatu isu |
| 3. | Melihat sejauh mana penggunaan ICT membina literasi digital untuk mengasah kemahiran berfikir aras tinggi |
| 4. | Memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital |
Aktiviti:
KDB-Mesej utama kempen ‘Klik Dengan Bijak’ adalah berteraskan Prinsip-Prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekan dalam kehidupan kesemua Rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip Rukun Negara dalam penggunaan internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni’ sebagai satu komponen penting disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan Jalur Lebar selain dari dapat menjana ekonomi. Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Laporan Mei 2021-Literasi ICT Dan Keusahawanan
|
Tarikh |
: 21 Mei 2021 |
|
Masa |
: 2.30pm – 4.30pm |
|
Tempat |
: Pusat Internet Komuniti Sungai Plan |
|
Peserta |
: 3 Orang |
Tujuan:
| 1. | Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak serta menambahkan lagi kemahiran tentang penggunaan dan kelebihan komputer, internet dan email |
| 2. | Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT kepada peserta |
| 3. | Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan komputer |
| 4. | Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan masyarakat celik komputer |
| 5. | Belajar bagaimana untuk mula menjual di Shopee. Topic yang akan dibincang seperti bagaimana persediaan kedai, memasarkan kedai anda, menghantar pesanan anda dan menguruskan kewangan dari penjualan anda. |
Aktiviti:
Membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman “hand-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:
| 1. | Menghasilkan dokumen (Surta, resume, jemputan, dokumen perniagaan, risalah dan lain-lain) |
| 2. | Mencari maklumat menggunakan Internet |
| 3. | Menghantar dan menerima e-mel kepada rakan keluarga dan rakan perniagaan |
| 4. | Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan |
| 5. | Mencipta persembahan |
| 6. | Menggunakan internet dan e-mel |