mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q4 2020 – PN. IRENE NUT AK MITBUL

Januari

Kelas ICT

Nama

: Pn. Irene Nut Ak Mitbul

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar Belakang:

Pn Irene merupakan seorang yang bekerja di sebuah agensi swasta. Beliau menghabiskab masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di Pusat Internet Komuniti supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI:

Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak beberapa mahir dalam penggunaan internet dan juga Microsoft Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta emlakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI:

Didalam era hari ini yang bertambah maju ini, teknologi maklumat salah satu sebahagian daripada kehidupan kita sebab memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita.

Dengan adanya latihan yang diadakan di Pusat Internet Komuniti, beliau kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah dan yakinnya. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang diberikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguan untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.