Kelas ICT
|
Nama |
: Pn. Bawang Anak Libau |
|
Umur |
: 35 tahun |
|
Ahli |
: 2020 |
Latar Belakang:
Puan Bawang Anak Libau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau menghabiskan masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di Pusat Internet supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat kerutama teknologi ICT.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga Microsoft Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:
Dalam era hari ini yang bertambah maju ini, teknologi maklumat salah satu sebahagian daripada kehidupan kita sebab memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita.
Dengan ada nya latihan yang diadakan di PI, Beliau kini boleh menyelesaikan tuga dengan mudah dan yakinnya. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang diberikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian
