i- Kawasan tumpuan pengunjung/ pelancong:
Setakat ini tempat tumpuan pengunjung yang menjadi perhatian yang agak berhampiran dengan kawasan Kidurong ini ialah Pantai Tanjung Batu dan juga Taman Negara Similajau. Kedua-dua destinasi ini sememangnya agak terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan menjadi pilihan seisi keluarga pada setiap hujung minggu. Menyediakan kemudahan yang baik dan juga memiliki pemandangan yang indah untuk ketenangan dinikmati bersama keluarga. Kedua-dua kawasan ini terbuka untuk orang ramai bila-bila masa sahaja.