Pameran Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
| Tarikh | : | 18 Mei 2019 |
| Masa | : | 8.00 Pagi – 4.00 Petang |
| Tempat | : | Tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu |
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menganjurkan program ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat’ sempena Program Ngerandang Gawai Jalai 2019 pada 18 Mei 2019 (Sabtu) bertempat di Tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu, Sarawak. Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program ini juga akan turut dihadiri oleh YBrs Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC