| Tarikh | : 06 Jun 2026 |
| Masa | : 10.00 am – 11.00 am |
| Tempat | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan |
| Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
Memperkenalkan peserta kepada asas robotik, elektronik dan inovasi teknologi melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal (hands-on). Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami cara robot berfungsi dengan menggunakan pelbagai komponen elektronik dan sistem kawalan secara interaktif.
Manfaat Kepada Peserta:
- Meningkatkan literasi digital dan teknologi dalam kalangan peserta
- Melahirkan generasi yang lebih kreatif, inovasi dan berkemahiran teknologi
- Memberi pendedahan awal kepada kerjaya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan
- Menggalakkan penggunaan teknologi secara positif dan produktif dalam kehidupan seharian