mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OCTOBER 2025

KESEJAHTERAAN KENDIRI

Tarikh: 18 Oktober 2025
Masa: 10.00 am – 11.00 am
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 10 Orang

Tujuan:

  1. Meningkatkan Keyakinan Diri
    • Membantu seseorang percaya pada kebolehan sendiri, membuat keputusan yang lebih baik serta berani mencuba perkara baharu
  2. Mengalakkan Pengurusan Emosi Yang Sihat
    • Individu belajar: mengenalpasti emosi, mengurus tekanan, mengawal kemarahan, meningkatkan ketenangan
  3. Memupuk Kemahiran Mengurus Diri
    • Termasuk mengurus masa, mengurus kewangan, menjaga kesihatan diri dan menjaga gaya hidup sihat
    • Tujuannya supaya individu lebih berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain
  4. Meningkatkan Produktiviti & Kualiti Hidup
    • Apabila seseorang sejahtera secara mental, fizikal dan emosi, mereka lebih fokur, rajin dan bermotivasi
  5. Memperbaiki Hubungan Sosial
    • Kesejahteraan kendiri membantu seseorang berkomunikasi dengan lebih baik, menghormati orang lain dan menjadi lebih empati, seterusnya menghasilkan hubungan yang lebih harmoni
  6. Mengalakkan Tanggungjawab Sosial
    • Individu yang sejahtera akan lebih peka terhadap komuniti dan mengambil tindakan positif seperti membantu orang lain, menyumbang idea dan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat
  7. Membentuk Jati Diri Positif
    • Kesejahteraan kendiri membantu seseorang mengenal potensi diri, matlamat hidup dan nilai-nilai yang penting untuk membentuk identiti yang kuat

Aktiviti:

  1. Saringan kesihatan percuma
  2. Webinar kesihatan mental dan fizikal
  3. Latihan Relaksasi & Teknik Pernafasan
  4. Cerapan / penerangan tentang keseimbangan hidup

GAMBAR KLIK DISINI

NADI CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM

Tarikh: 10 Oktober 2025
Masa: 3.00 pm – 4.30 pm
Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Sungai Plan
Peserta: 2 Orang

Tujuan:

  1. Meningkatkan kesedaran keselamatan siber asas, terutama apabila ramai pengguna menggunakan internet di NADI. Ini menjadikan tempat awam sebagai sasaran serangan siber.

Langkah Pencegahan:

  1. Gunakan VPN
    • Menggunakan VPN apabila menyambung ke WiFi awam boleh menyulitkan trafik internet dan melindungi data daripada orang luar
  2. Pastikan HTTPS digunakan
    • Semasa melayari laman web, guna versi “https://” supaya sambungan disulitkan
    • Elak memasukkan kata laluan atau maklumat sensitif di laman yang tidak selamat
  3. Periksa nama WiFi dengan teliti
    • Pastikan hotspot awam adalah betul, bukan hotspot palsu yang dibuat penyerang
  4. Kemas kini peranti & aplikasi
    • Sentiasa kemas kini sistem operasi dan aplikasi supaya patch keselamatan terbaru dipasang dan mengurangkan kerentanan
  5. Guna kata laluan yang kuat & unik
    • Jangan guna kata laluan mudah. Gunakan kombinasi huruf besar, kecil, nombor dan simbol
    • Elak menggunakan kata laluan sama untuk peranti di tempat awam dan akaun sensitif lain
  6. Latihan Kesedaran Siber
    • Peserta boleh belajar mengenal pasti email phishing, link berbahaya dan teknik serangan lain
  7. Laporkan insiden
    • Jika ada aktiviti mencurigakan laporkan ke pihak yang berkenaan
    • Di peringkat nasional, orang awam boleh hubungi Cyber999 melalui CyberSecurity Malaysia untuk melaporkan insiden

GAMBAR KLIK DISINI