mcmc
Laporan Aktiviti

Jom Sihat Bersama Pusat Internet Januari 2019

 

Tarikh  :  20 Januari 2019
Masa  :  08.00am – 04.00pm 
Lokasi   :  Pusat Internet Sg Plan 
Peserta  :  70 orang

 

Program Jom Sihat ini dijalankan untuk komuniti setempat yang tinggal di kawasan Sungai Plan.  Aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan harian kita.  Ia juga dapat meningkatkan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi ataupun rendah, diabetis dan serangan sakit jantung.

Kami telah melakukan saringan Pemeriksaan Kesihatan menggunakan peralatan yang telah disediakan di Pusat Internet seperti menimbang berat, pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula dalam badan.  Kami juga mengadakan pertandingan riadah seperti membuat senaman mengerakkan jari seperti mewarna yang terbuka kepada semua kategori.  Menguji minda seperti mencari perkataan yang tersembunyi berbentuk silangkata terbuka kepada remaja, belia dan dewasa.  Dan menyediakan makanan sihat dengan cara yang betul terbuka kepada dewasa dan warga emas.