Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Program PI ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013. Program PI dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PI merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).
Menerusi program NADI, kerajaan berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia berkeupayaan menggunakan Teknologi Informasi dan Komunikasi(ICT). Pelbagai program latihan yang berteraskan ICT yang dianjurkan disetiap NADI diseluruh negara. Hal ini kerana kerajaan berpendapat bahawa melalui program ini juga mereka dapat membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat terutamanya penduduk luar bandar di negara ini. Misalnya, sebagai contoh adalah program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang turut diperkenal semasa pembentangan belanjawan 2013. Dimana program ini bertujuan membantu lebih 50,000 usahawan mikro untuk menjalankan perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai program yang berkaitan telah dirancang yang bakal dilaksanakan oleh NADI. Antaranya ialah Program Klik Dengan Bijak, Hari Bersama Komuniti, Intel Learn Programme, Program Dashboard Komuniti selain daripada penyediaan internet dalam kadar yang rendah.
Sungai Plan Bintulu juga mempunyai sebuah NADI yang telah mula beroperasi pada 4 Mei 2014 dan dirasmikan oleh Encik Bujang Bin Wahab merangkap Ketua Kampung Lot Sungai Plan secara rasminya di Dewan Serbaguna Sungai Plan. Berikut merupakan
| Nama | Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Plan |
| Lokasi | Blok J-1-4 Ground Floor, Sg Plan Flat |
| Jalan Tanjung Kidurong, | |
| 97000 Bintulu, Sarawak | |
| am.pedisgplan@gmail.com | |
| Laman Portal | sgplan.pjk.com.my |
| Waktu Operasi | 8:00 Pagi – 5:00 Petang |
| Isnin – Ahad | |
| Tutup pada Cuti Umum |
OBJEKTIF
- Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti
- Menjadikan Nadi pusat sehenti untuk masyarakat
- Menjadi pusat rujukan masyarakat luar terutamanya mengenai maklumat am kawasan
- Memaksimumkan penglibatan komuniti setempat dengan aktiviti dan program yang dirancang.
VISI
- Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sg.Plan Bintulu sebagai salah satu pusat sehenti yang berfungsi sebagai saluran mendapat maklumat.
- Selain mampu berdikari dan kukuh dari sudut ekonomi dan sosial sekaligus menjadi pusat komuniti yang mesra.
MISI
- Memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat di dalam proses penyebaran maklumat digital.
- Pusat yang meneratkan silaturahim masyarakat dengan memperbanyakan program kemasyarakatan sekaligus berusaha meningkatan sumber pendapatan organisasi.
CARTA ORGANISASI